03 Mei 2010

mari berlibur sebentar

Setelah 3 hari berturut-turut aku tidur lewat....sekitar jam 3 pagi, sibuk menguruskan hal mobile stokis mama kat Bayu Tinggi...semalam aku berlibur sebentar. Itu setelah sekian lama tidak berlibur. Hohohohoho....aku g tengok wayang kat Jusco Bukit Tinggi. Ajak mama sekali, tapi dah dia kata tak nak....letih....malas.... so aku pegi berdua je la dengan Fahmy. Fahmy yang ngajak pun....dari kelmarin lagi. Sibuk ajak tengok Iron Man II. Layanzzzzzzzz.....coz aku pun dah lama tak masuk panggung. Ahaksss. Realeassssseeee sikit stress. Sementara nak tunggu masuk panggung tu, kami ronda-ronda sat kat jusco...and of course kedai buku kita singgah masuk. Hahaha tak sangka Fahmy ni minat jugak dengan buku. Dua buku aku dapat, satu pilihan aku-Bila Allah Menduga Kita, satu pilihan dak Fahmy-Yakjuj &Makjuj : Bencana Di Sebalik Gunung.


Lagipun hari ini adalah bermulanya komitmen baru dalam hidup aku. Pagi dah kena bangun, siapkan rumah kejap, kul 10 dah mula masuk kerja di mobile stokis mama sampai kul 12.15. Then sambung masuk mengajar sampai petang. Malam jengok mama kejap kat bayu perdana, baru boleh balik rumah kat sungai udang. Masa ni la nak uruskan dapur aku dan kerja-kerja sekolah. Padat dah hari-hari aku. sabtu-ahad dah tentu-tentu di stokis mama ...hehehe separuh hari jer la kan. Kalau sehari...mahu gak aku menyorok diri kot.

Herm apa ada di mobile stokis mama ekk??? nanti aku akan buat blog khas untuk itu. Tungggguuuuuuuu...sedang dalam proses.

1 ulasan:

ONE ZABA berkata...

jangan berlibur sebentar je....teruskan berlibur tu. ni la masanya menikmati kehidupan yang smeentara. jgn lupa pada yg satu udah la.